Anda memiliki seekor seorang boyfriend? Ouh , tak pon sekumpulan boyfriend(s)? Adakah mulut dia atau mereka dikategorikan sebagai mulut puaka ? Apa itu puaka ?
Menurut kamus hidup aku , mulut puaka adalah mulut yang asyik melaser . Melaser pulak bermaksud semua benda dia nak kritik, kutuk, mengata, menghanjeng, memaki, memfitnah etc . Ada orang berpendapat orang yang mulut puaka ni selalunya jujur. Kadang-kadang jujur sampai menyakitkan jantung. Ada jugak yang merumuskan bahawa individu mulut puaka ni jahat, tak pandai jaga hati manusia lain dan bajet diri hebat .
Argghh . mampuih pi kat hampa aa nak pikiaq apa makna mulut puaka .
Jum kita tengok sikit tips nak handle mulut puaka boyfriend or boyfriend(s) hampa .
Hampa buat mulut puaka lah balik ! *nada tegas*
Bagi gadis-gadis yang merasakan bakat mulut puaka anda tidak kurang hebatnya, anda haruslah membalas mulut puaka kekasih anda itu. Jika dia kata anda berjerawat, gemuk, dan tidak menepati citarasanya , apa salahnya anda katakan pada dia yang dia tidaklah sekacak mana malahan berkacamata yg tidak cool-namun-bajet-cool, berbibir gelap tak seksi, jalan pelik dan pendek pulak tu dan apa saja. Tambah lagi, katakan yang dia sama ja seperti Ronaldinho. Tapi kalau mereka balas anda sama seperti gambar wanita comel-hot-bik-mama, SILA JANGAN SALAHKAN SAYA.
Diam ja,Lama-lama dia boring lah... *nada mendatar*
bagi para gadis yang merasakan mereka loser dalam melemparkan kata-kata puaka, usah risau. Anda hanya perlu diam. Selalunya orang yang mulut puaka ni dia banyak cakap. So anda diamkan saja dan buat kaedah 'mata ke atas tangan ke dada' . Lama-lama dia malas lah. Tak pon sepak je bontot dia sekali. biar masuk longkang , bagi dia minum air longkang sikit . Habis cerita. Alolololo , para gadis mesti tak sanggupkan ?
Menggunakan kaedah Sarcasm *nada cerdik pandai*
Kadangkala jika anda mengamalkan cara yang pertama, kekasih anda akan membalas dengan lebih ganas. Apa kata kita cuba pulak cara ini. Jika dia kata baju anda tidak sesuai, tudung atau shawl belit-belit anda mcm shit, kasut anda suck etc, anda katakanlah pada beliau dengan manja ;
1 ) bertuah betul sayam memiliki abam yang hebat soal fesyen. Bekerja dengan Jimmy Choo barangkali.
2) Ouh, handbag sayam tak sesuai eay abam ? Apakata abam belikan handbag yang sesuai untuk sayam? Dengar kata abam suka LV tak pon Chanel. Kan?
3) Sayam tak cantik ? Ouh abam lah palim kacak dan hengseng dalam Malaysia ni.
Cukup lah tiga. Nak lebih-lebih buat blog sendiri. Kihkihkih. Sebenarnya bagi aku, once u love him, terima seadanya. <--- cliche
Ya, dia bermulut puaka tapi mesti ada benda lain yang buat hampa jatuh cinta dengan dia. Kan? Kalau tidak masakan kalian bisa berpacaran? (tetiba cakap Indon) Dan hampa sendiri pun ada tabiat yang dia tak suka , cuma hampa yang taktau. Ingat tuuu ;)