Kawan ibarat...



cikgu saya pernah pesan, kawan ni macam sungai sentiasa mengalir, menjadi sumber segala aspek kehidupan, semalam dekat, harini jauh, esok mungkin kering kontang... kawan mengalir bersama kehidupan, dan setiap perkara yang hanyut bersama arus sungai itu adalah inti kebaikan dan keburukan yang ada di dunia. ada kawan yang akan bawak kita mengalir ke laut dan ada yang bawak kita mengalir ke longkang. Sesungguhnya Allah datangkan teman atas hikmah yang luar biasa, pertama untuk perbetulkan khilaf kita sebagai hamba, kedua untuk kita belajar daripada kesilapan mereka jika kita tidak mampu memimpin mereka dan ketiga untuk kita mencari erti kehidupan dengan memahami kisah hamba-Nya yang lain.


# carilah teman yang memimpin, kerana teman yang baik itu seharum kasturi pewangi kehidupan