Waiting For The Rainbow.


Okay, how to start haa? sejak kebelakangan ni, aku terfikir patut atau tidak aku buat semua ni. aku terfikir layak ke aku untuk merasa kebahagiaan yg mcmni. ada kala aku takut hanyut, ada kala aku berharap aku boleh jadikan kisah kita hikayat yg tiada penghujung, dan bawak ke mana saja aku pergi. taktau kenapa, malas nak bangkitkan isu. aku cuma berharap semester ini tamat dengan kejayaan yang aku tak dapat last sem. aku nak tebus balik duit,tenaga, dan masa yang mak ayah aku korbankan untuk aku last sem. terngiang-ngiang, "dunia ni takdak orang2 yang bodo naa, kecuali orang2 yang malas,"

Bagi aku bijak pandai tu bukan ukuran, tapi keikhlasan kita belajar. Untuk siapa? Kerana apa? Mengapa? Pada aku untuk diri sendiri, kerana ilmu tuntutan agama, yakni Allah dan harapan ibu bapa. Perlu untuk aku penuhi semua ni sebab it's too late to turn back. Finish what you've started! Aku rasa bukan tempat dan masa untuk aku kisah orang nak tolong aku ka tak, bak kata ayah "yang penting kita tau kerja (tanggungjawab) kita dan buat, cukup! Sebab nanti orang yang malas buat kerja tu dia akan belajar jugak and waktu tu dia akan sedar it's too late to appreciate us."

Aku tau ni semua ujian kan? Aku baru hadapi sikit ciput ni pun aku dah nak melalak kat FB. Hmmm mmg tak matang sungguh, aku malu plak dengan diri sendiri... DIP ja cik abang oi ! nanti Degree tak terkira plak kerja dan situasi mengekang minda macamni. Cabaran dan ujian tu kat mana pun ada... THIS IS what you call STRESS! I need to take it optimistically! yeap exactly what I'm gonna do.... =)