Woman feelings :')



Tahukah anda wahai kaum adam?

Tahukah korang wahai kaum adam,kalau perempuan marah, cemburu,iri hati,sayang,ambil berat ada sebab?

Andai lelaki tahu:
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,tidak semestinya lelaki itu punya segalanya, tetapi lelaki itu lah segalanya buat diri dia.

Andai lelaki tahu:
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,itu bukan bermakna dia lemah,tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu:
Apabila seorang perempuan marah,memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah,itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Andai lelaki tahu:
Apabila seorang perempuan bercakap banyak,dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,tapi dia mahu lelaki itu mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu:
Apabila seorang perempuan berkata dia mahu anda berubah,itu bukan bermakna dia tidak menerima anda seadanya tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,bukan untuk dirinya,tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu:
Apabila seorang perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,bukan bermakna dia tidak sayangkan anda,tetapi dia terlalu sayang anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,anda akan khianati kepercayaannya.Naluri keibuannya sangat kuat.Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu:
Apabila seorang perempuan merajuk,bukan bermakna dia mengada-ngada.Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadian sedozen,tetapi cukup dengan perhatian yg boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu:
Apabila seorang perempuan jarang mengatakan 'i love you',itu tidak bermaksud dia tidak menyintai anda,tetapi dia mahu anda merasakan sendiri cintanya bukan dari kata-kata malah dari melalui tubuh bahasanya.

Andai lelaki tahu:
Apabila seorang perempuan berkata rindu kepada anda, bermakna ia benar-benar maksudkannya,dan apabila berjauhan,bayangan anda akan bermain di mata.

Andai lelaki tahu:
Apabila seorang perempuan berkata lelaki lain lebih baik dari anda,jangan percaya kata-katanya kerana perempuan hanya ingin menguji anda.Perempuan akan melihat sejauh mana anda sanggup untuk jadi yang terbaik dimatanya.Walaupun sebenarnya andalah yang terbaik di hatinya.

Andai lelaki tahu:
Apabila seorang perempuan menjadi degil,dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tetapi dia hanya ingin melihat sejauh mana kesabaran anda terhadap kerenahnya.Percayalah,hati perempuan sangat lembut.Andai kena caranya,jangan terkejut perempuan mampu menukar fikirannya dalam sesaat.

Andai lelaki tahu:
Apabila seorang perempuan berkata "tolong tinggalkan saya!!".Dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sahaja.Apabila dia kembali tenang,percayalah,dia akan mencari anda semua.Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.Perempuan sukar untuk mengawal emosi.Tetapi dia sahaja lah yang menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu:
Sememangnya Allah mencipta lelaki dan perempuan itu dengan perbezaannya yang tersendiri.Sekiranya mereka sering memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.Perempuan dicipta oleh Allah dengan indah sekali.Di sebalik air matanya,tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki merasa selamat bersamanya.Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang boleh menggoncang dunia dan boleh membuat lelaki lemah kerananya.Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan didalam hidupnya.Dia lah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya,isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.